SENJATA PANGLIMA MELAYU

 

Senjata didefinasikan sebagai alat yang digunakan untuk mempertahankan diri yang dimiliki oleh setiap panglima. Lazimnya bagi seorang panglima, permainan senjata ini merupakan satu yang wajib dipelajari sehingga ke tahap mahir. Didalam silat pelbagai jenis senjata digunakan antaranya ialah Keris, Tombak, Lembing, Parang, Pedang, Tekpi, dan sebagainya. Apa yang lebih mudah difahami bagi kita ialah apa sahaja benda yang mampu dijadikan alat untuk mempertahankan diri merupakan senjata yang berguna dan perlu digunakan dengan bijak. 

Keris ialah sejenis senjata yang amat popular di kawasan nusantara. Pelbagai etnik mengistilahkan keris dengan pelbagai jenis dan ia dipengaruhi oleh nilai budaya sesuatu tempat. Di dalam dunia keris terdapat pelbagai jenisnya dan yang paling asas untuk difahami ialah terdapat 3 jenis keris yang biasa disebut iaitu keris panjang, keris pendek dan keris pendua. 

Sejarah keris telah bermula dijumpai pada abad ke 9 di Chandi Borobudur. Dengan penemuan itulah membuktikan bahawa keris merupakan sebuah senjata milik bangsa nusantara sejak dari nenek moyang hinggalah kini. Melalui membuktian ini maka UNESCO telah mengiktiraf Keris merupakan karya warisan budaya kemanusiaan lisan tidak ketara oleh INDONESIA. Perlu kita sedar, Indonesia-malaysia  merupakan rumpun melayu yang terbesar di nusantara dan mempunyai pertalian persaudaraan yang kuat zaman berzaman. 

Keris mempunyai 3 bahagian utama iaitu, mata, hulu dan sarung. Keris zaman dahulu dilihat lebih baik kualitinya sama ada dari segi besinya mahupun halus buatannya yang dibentuk oleh orang pandai keris. Walaupun ia mudah dibentuk zaman ini kerana kecanggihan teknologi tetapi tak sama kualitinya dari tanggan orang pandai keris yang mengkaji selok belok pembuatan keris yang ampuh turun temurun. 

Bagi orang silat, permainan keris merupakan satu yang sangat agung. Keris merupakan simbul kegagahan, kekuatan, perwatakan seseorang pemegang keris. Setiap keris perlulah dicari yang sesuai atau selesa sebelum ia digunakan sebagai senjata. Keunikan alam melayu membesarkan budaya meliputi pakaian, tutur kata, akhlak serta senjatanya dilihat sebagai suatu yang sangat unit dan perlu dibangakan.