FESTIVAL SILAT WILAYAH PERSEKUTUAN





Alhamdulillah.... syukur tak terhingga. Pada 12 November 2021 telah berlaku sejarah bagi Persilatan Kuntau Panglima Malaysia dimana Dr. Shahrudi selaku Guru Utama, Kuntau Panglima telah menerima penghargaan daripada PESAKA Kuala Lumpur sempena Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan bersama 40 lagi perguruan silat. Penghargaan ini sebagai tanda segala usaha dan jasa dalam membangunkan bangsa Melayu agar terus gagah dan perkasa dapat diteruskan dan menyuntik semangat kepada guru-guru muda agar terus bergiat aktif dalam menyampaikan ilmu serta usaha dakwah melalui silat melayu. 

Jasa dan pengorbanan setiap guru tak kira apa perguruan perlulah dirai agar generasi kini tahu kejayaan ini bukan lahir sekelip mata. Banyak keringat dan susah payah yang guru-guru ini lalui demi menegakkan maruah bangsa agar terus berdiri gagah dan menyumbang ke arah modal insan. 

Semoga usaha gigih daripada PESAKAKL dan rakan-rakan silat terus dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Amin ya rabbal alamin. 

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh kepimpinan PESAKAKL, Dato Presiden PESAKAKL, Sdr Setiausaha PESAKAKL di atas usaha gigih ini. Semoga kerjasama ini berteruskan kukuh dan dirahmati Allah SWT.