SENJATA PANGLIMA MELAYU

 

Senjata didefinasikan sebagai alat yang digunakan untuk mempertahankan diri yang dimiliki oleh setiap panglima. Lazimnya bagi seorang panglima, permainan senjata ini merupakan satu yang wajib dipelajari sehingga ke tahap mahir. Didalam silat pelbagai jenis senjata digunakan antaranya ialah Keris, Tombak, Lembing, Parang, Pedang, Tekpi, dan sebagainya. Apa yang lebih mudah difahami bagi kita ialah apa sahaja benda yang mampu dijadikan alat untuk mempertahankan diri merupakan senjata yang berguna dan perlu digunakan dengan bijak. 

Keris ialah sejenis senjata yang amat popular di kawasan nusantara. Pelbagai etnik mengistilahkan keris dengan pelbagai jenis dan ia dipengaruhi oleh nilai budaya sesuatu tempat. Di dalam dunia keris terdapat pelbagai jenisnya dan yang paling asas untuk difahami ialah terdapat 3 jenis keris yang biasa disebut iaitu keris panjang, keris pendek dan keris pendua. 

Sejarah keris telah bermula dijumpai pada abad ke 9 di Chandi Borobudur. Dengan penemuan itulah membuktikan bahawa keris merupakan sebuah senjata milik bangsa nusantara sejak dari nenek moyang hinggalah kini. Melalui membuktian ini maka UNESCO telah mengiktiraf Keris merupakan karya warisan budaya kemanusiaan lisan tidak ketara oleh INDONESIA. Perlu kita sedar, Indonesia-malaysia  merupakan rumpun melayu yang terbesar di nusantara dan mempunyai pertalian persaudaraan yang kuat zaman berzaman. 

Keris mempunyai 3 bahagian utama iaitu, mata, hulu dan sarung. Keris zaman dahulu dilihat lebih baik kualitinya sama ada dari segi besinya mahupun halus buatannya yang dibentuk oleh orang pandai keris. Walaupun ia mudah dibentuk zaman ini kerana kecanggihan teknologi tetapi tak sama kualitinya dari tanggan orang pandai keris yang mengkaji selok belok pembuatan keris yang ampuh turun temurun. 

Bagi orang silat, permainan keris merupakan satu yang sangat agung. Keris merupakan simbul kegagahan, kekuatan, perwatakan seseorang pemegang keris. Setiap keris perlulah dicari yang sesuai atau selesa sebelum ia digunakan sebagai senjata. Keunikan alam melayu membesarkan budaya meliputi pakaian, tutur kata, akhlak serta senjatanya dilihat sebagai suatu yang sangat unit dan perlu dibangakan.








PENGUAT SILATULRAHIM KUNTAU PANGLIMA, KAISAR MALAYSIA DAN AJAM

 

Alhamdulillah... pada 28 November 2021 telah berlaku kunjung silaturahim diantara Cikgu Shah, Tok Ayah Pakteh dan Ayahda Paduka Thoha ke Pejabat Operasi Akademi AlHikam untuk menziarahi Tok Ayah Dr Hj Wan Tahir. Kunjungan ini telah lama dirancang sebagai satu mengukuhkan hubungan diantara 4 orang guru yang pernah bersama-sama berjuang memertabatkan ilmu Selempang Merah. Banyak perkara yang dibincangkan dan dicapai dengan muafakat yang baik dan istikarah bersama-sama. Disamping itu Tok Ayah Paduka Pakteh telah menyampaikan hadiah kepada Tok Ayah Paduka Dr Hj Wan Mohd Tahir berupa tanjak sebagai tanda menyokong dan menyuntik semangat agar Tok Ayah Hj Wan Tahir terus berjuang melalui AJAM. Semoga hubungan ini terus terjalin dan dirahmati Allah SWT.


FESTIVAL SILAT WILAYAH PERSEKUTUAN





Alhamdulillah.... syukur tak terhingga. Pada 12 November 2021 telah berlaku sejarah bagi Persilatan Kuntau Panglima Malaysia dimana Dr. Shahrudi selaku Guru Utama, Kuntau Panglima telah menerima penghargaan daripada PESAKA Kuala Lumpur sempena Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan bersama 40 lagi perguruan silat. Penghargaan ini sebagai tanda segala usaha dan jasa dalam membangunkan bangsa Melayu agar terus gagah dan perkasa dapat diteruskan dan menyuntik semangat kepada guru-guru muda agar terus bergiat aktif dalam menyampaikan ilmu serta usaha dakwah melalui silat melayu. 

Jasa dan pengorbanan setiap guru tak kira apa perguruan perlulah dirai agar generasi kini tahu kejayaan ini bukan lahir sekelip mata. Banyak keringat dan susah payah yang guru-guru ini lalui demi menegakkan maruah bangsa agar terus berdiri gagah dan menyumbang ke arah modal insan. 

Semoga usaha gigih daripada PESAKAKL dan rakan-rakan silat terus dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Amin ya rabbal alamin. 

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh kepimpinan PESAKAKL, Dato Presiden PESAKAKL, Sdr Setiausaha PESAKAKL di atas usaha gigih ini. Semoga kerjasama ini berteruskan kukuh dan dirahmati Allah SWT.