VIDEO PROMO PERSILATAN KUNTAU PANGLIMA MALAYSIA









IMBAS KEMBALI SESI LATIHAN 2018 
DI SK KIARAMAS, KUALA LUMPUR 

SEMOGA TERUS BERJAYA....







SESI LATIHAN 2018 DI SMK BUKIT BANDARAYA KUALA LUMPUR
SEMOGA BUDAYA ILMU YANG MEMBINA KECERGASAN FIZIKAL & MENTAL SEPERTI SILAT INI DITERUSKAN OLEH GENERASI AKAN DATANG









KEJOHANAN TEMPUR PANGLIMA 2018
PERSILATAN KUNTAU PANGLIMA MALAYSIA
4 NOVEMBER 2018/ CHERAS KL 

Seramai lebih kurang 50 penyertaan telah diterima dan mewarnai Kejohanan kali ini. Kejohanan ini juga disertai daripada pelbagai perguruan yang lain dan memberikan mutu permainan terbaik serta membina ke arah generasi silat yang unggul. Pihak Kuntau Panglima mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi menjayakan program ini. 












KURSUS TEMPUR PANGLIMA (TEKNIK PISAU) 
PADA 1 DISEMBER 2018 
BERTEMPAT DI SMK BUKIT BANDARAYA KUALA LUMPUR








MAJLIS MERAIKAN TEAM SILAT KL
&
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BADAN GABUNGAN YANG SAH
PESAKA KUALA LUMPUR
 

Pada 27 Julai 2018 jam 8.30 malam bertempat di Sekolah Sukan Titiwangsa Kuala Lumpur telah berlangsungnya satu majlis yang penuh bermakna anjuran PESAKA KL. Majlis ini sempena meraikan team remaja KL yg berusaha gigih ke SUKMA 2017 di Baling Kedah dan Majlis Penyampaian Sijil Badan Gabungan Yang Sah PESAKA Kuala Lumpur. Kuntau Panglima juga tidak ketinggalan dijemput menghadiri majlis yang bersejarah ini dan sekaligus menerima pengiktirafan dari pihak PESAKA Kuala Lumpur sebagai ahli gabungan yang berdaftar. Usaha ini perlu dilihat sebagai suatu usaha yg positif oleh semua orang-orang silat agar silat mampu diteruskan bagi generasi akan datang. Ucapan daripada Sdr Setiausaha PESAKA KL yang mengatakan PESAKA KL ingin melihat semua silat maju dan terus diperkembangkan sehingga ke anak-cucu dapat dirialisasikan menerusi sokongan padu semua pihak khususnya guru-guru silat yang ada. Golongan anak-anak muda silat perlu ketahui bahawa silat yg ada kini adalah hasil usaha guru-guru tua yang terus mengembangkan ilmu tanpa bantuan sesiapapun dan inilah yang patut dihargai oleh semua pihak.

Bagi pihak Kuntau Panglima, kita sama-sama mendoakan hasrat yang murni ini dapat dilaksanakan dan diperturunkan kepada generasi-generasi akan datang. Tidak kira aliran apa sekalipun namun kita tetap dapat bersama atas nama bangsa, agama & negara

#silatkudakwahku
#berilmuberadab

 
 
 
 



PERSEMBAHAN SILAT DI MAJLIS SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KIARAMAS KUALA LUMPUR


Pada 22 April 2018 seramai 16 orang anak-anak Kuntau Panglima Malaysia cawangan SK Kiaramas Kuala Lumpur telah berjaya membuat persembahan sempena sukan sekolah berkenaan. Pesilat daripada SMK Bukit Bandaraya dibawah bimbingan Cikgu Amir telah turut menjayakan persembahan tersebut. Ramai ibubapa anak-anak silat terkejut dan teruja, dalam masa yang singkat anak-anak boleh membuat persembahan silat yang baik. Semoga usaha ini diberkati Allah....
 
#terimakasihsemua
#silatkuDakwahku
#BerilmuBeradab




MAJLIS PENTAULIAHAN PERGURUAN
PERSILATAN KUNTAU PANGLIMA MALAYSIA 2018

Pada 4 Mac 2018 (Ahad) bertempat di Masjid Wilayah Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pentauliahan Guru-guru Kuntau Panglima 2018. Seramai 20 orang Guru telah ditauliahkan sebagai Gurulatih Kuntau Panglima dipelbagai peringkat iaitu Guru Muda, Guru Cemerlang dan Guru Kanan bagi Perguruan Persilatan Kuntau Panglima Malaysia. Semoga usaha yang murni ini akan menjadikan Kuntau Panglima terus maju dan berjaya dimasa akan datang. 


#silatku_dakwahku
#berilmu_beradab

 ketibaan Guru Pimpinan Utama & Ahli Majlis Guru Kuntau Panglima Malaysia
 Barisan mantap Majlis Guru Kuntau Panglima Malaysia 
 Amanat daripaada Guru Pimpinan Utama 







KURSUS KEJURULATIHAN 1 SEKOLAH 1 SILAT ANJURAN PESAKA KL

Pada 22-25 Mac 2018 yang lalu, PESAKAKL telah mengadakan kursus 1 sekolah 1 silat yang telah disertai oleh 2 orang Guru Kuntau Panglima Malaysia iaitu Guru Amir dan Guru Fajrul. Kursus ini telah diadakan di pejabat PESAKAKL dan dihadiri pelbagai perguruan silat yang hebat-hebat belaka. Tujuan utama kursus ini untuk memantapkan sistem latihan silat ke sekolah-sekolah sejajar dengan hasrat kepimpinan negara menjadikan silat sebagai seni beladiri negara. Semoga usaha ini berjalan dengan baik dan diberkati Allah swt.