MAJLIS MERAIKAN TEAM SILAT KL
&
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BADAN GABUNGAN YANG SAH
PESAKA KUALA LUMPUR
 

Pada 27 Julai 2018 jam 8.30 malam bertempat di Sekolah Sukan Titiwangsa Kuala Lumpur telah berlangsungnya satu majlis yang penuh bermakna anjuran PESAKA KL. Majlis ini sempena meraikan team remaja KL yg berusaha gigih ke SUKMA 2017 di Baling Kedah dan Majlis Penyampaian Sijil Badan Gabungan Yang Sah PESAKA Kuala Lumpur. Kuntau Panglima juga tidak ketinggalan dijemput menghadiri majlis yang bersejarah ini dan sekaligus menerima pengiktirafan dari pihak PESAKA Kuala Lumpur sebagai ahli gabungan yang berdaftar. Usaha ini perlu dilihat sebagai suatu usaha yg positif oleh semua orang-orang silat agar silat mampu diteruskan bagi generasi akan datang. Ucapan daripada Sdr Setiausaha PESAKA KL yang mengatakan PESAKA KL ingin melihat semua silat maju dan terus diperkembangkan sehingga ke anak-cucu dapat dirialisasikan menerusi sokongan padu semua pihak khususnya guru-guru silat yang ada. Golongan anak-anak muda silat perlu ketahui bahawa silat yg ada kini adalah hasil usaha guru-guru tua yang terus mengembangkan ilmu tanpa bantuan sesiapapun dan inilah yang patut dihargai oleh semua pihak.

Bagi pihak Kuntau Panglima, kita sama-sama mendoakan hasrat yang murni ini dapat dilaksanakan dan diperturunkan kepada generasi-generasi akan datang. Tidak kira aliran apa sekalipun namun kita tetap dapat bersama atas nama bangsa, agama & negara

#silatkudakwahku
#berilmuberadab