PERSEMBAHAN SILAT DI MAJLIS SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KIARAMAS KUALA LUMPUR


Pada 22 April 2018 seramai 16 orang anak-anak Kuntau Panglima Malaysia cawangan SK Kiaramas Kuala Lumpur telah berjaya membuat persembahan sempena sukan sekolah berkenaan. Pesilat daripada SMK Bukit Bandaraya dibawah bimbingan Cikgu Amir telah turut menjayakan persembahan tersebut. Ramai ibubapa anak-anak silat terkejut dan teruja, dalam masa yang singkat anak-anak boleh membuat persembahan silat yang baik. Semoga usaha ini diberkati Allah....
 
#terimakasihsemua
#silatkuDakwahku
#BerilmuBeradab