KUNTAU PANGLIMA PENERUS PERJUANGAN ILMU GURU TERDAHULU
Assalamualaikum w.h.t dan salam sejahtera kepada semua peminat silat di Malaysia dan dimana anda berada. Semoga kita semua berada dalam lindungan dah rahmat Illahi hendaknya.
Hari ini cikgu teringat kata-kata Almarhum Guru cikgu iaitu Prof Datuk Dr Haji Baharom Kamari "hebatnya bangsa melayu, dimana ia dicampak tetap akan tumbuh umpama rumput". Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang sangat disegani seluruh dunia. Walaupun dlm peta dunia bangsa melayu yang duduk di bumi Malaysia ini amatlah kecik tapi kita telah dikenali bukan masa sekarang sahaja tetapi berkurun lamanya. Kehebatan ilmu bangsa melayu khususnya dalam pelbagai bidang menjadikan melayu itu suatu yang unik. Dengan itu kita sebagai anak melayu harus ada rasa bangga pada diri sendiri kerana dilahirkan sebagai melayu. Jatidiri haruslah dicari bukan disandangkan pada diri yang meraba-raba dalam kegelapan malam.
Hari ini cikgu lihat banyak perguruan silat telah beralih kepada permainan full contact. Permainan ini senang nak cakap dalam kamus orang-orang kuntau panglima ialah permainan laga. Sewaktu cikgu mula-mula menjadi jurulatih Kuntau Selendang Merah yang sekarang dikenali Kuntau Panglima ramai orang mencemuh cikgu kononnya merojakkan silat melayu, mencampurkan silat dan seni tomoi. Tetapi ikut sejarah perjalanan cikgu mempelajari silat tiada satu guru pun yang cikgu belajar tentang ilmu tomoi atau silat selain kuntau. Cikgu hanyalah belajar Kuntau ini daripada satu-satunya guru cikgu yang juga ayah angkat cikgu iaitu Cikgu Haji Baharom bin Haji Kamari. Beliaulah yang memperkenalkan kepada cikgu apa itu silat dan hinggalah cikgu mampu menjadi jurulatih bagi meneruskan perjuangannya.
Kuntau ini kata mudah bermaksud "lanyak" atau "pukul tanpa henti". Inilah yang diterapkan dalam latihan agar murid-murid mampu mempertahankan diri daripada pelbagai ancaman sama ada secara lisan mahupun fizikal. Pesan cikgu janganlah kita asik mencari perbezaan antara sesuatu silat. Lihatlah sejauhmana kita menghayati ilmu yang disampaikan kepada kita. Menilai sejauhmana kita mengamalkan amalan silat untuk kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. Melalui petua dari sang guru telah menyakinkan kita untuk membuka seribu simpulan yang menjadi persoalan dalam kehidupan hari ini, esok dan masa depan.
Semoga semua pengiat silat di dunia ini dilindungi Allah dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt.... ALLAHUAKBAR.
