PROGRAM PRESIDEN PESAKA MALAYSIA TURUN GELANGGANG


Pada 4 Feb 2018, Ahad jam 8.30 malam, Guru Pimpinan Utama Kuntau Panglima iaitu YBrs Dr Shahrudi bin Sani serta ahli majlis guru Kuntau Panglima iaitu Ayahanda Paduka Pakteh Kaisar dan Ayahanda Paduka Toha telah meluangkan masa bersama di dalam majlis berkenaan. Turut hadir bersama ialah Ustaz Afit dan Cikgu Fajrul yang menemani Guru Pimpinan Utama. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengenali perguruan-perguruan silat yang berdaftar dengan Pesaka KL dan menyampaikan misi serta visi PesakaKL khususnya dan Pesaka Malaysia umumnya. Dalam perjumpaan ini juga pihak Pesaka memberitahu satu kursus kejurulatihan bagi program 1sekolah 1silat akan diadakan pada bulan Mac ini selama 3 hari bertempat di pejabat PesakaKL. Bayaran sebanyak RM150.00 seorang ditetapkan dan satu persatuan hanya boleh menghantar 3 orang wakil sahaja dlm satu masa. Ia juga sebagai landasan bagi menjayakan hasrat kepimpinan negara & Pesaka untuk memertabatkan silat disekolah-sekolah seluruh Malaysia. Bagi Guru Pimpinan Utama Kuntau Panglima, usaha ini harus disambut dgn baik dan mendoakan yang segala usaha ini dibantu Allah sehingga berjaya.