PROGRAM PRESIDEN PESAKA MALAYSIA TURUN GELANGGANG


Pada 4 Feb 2018, Ahad jam 8.30 malam, Guru Pimpinan Utama Kuntau Panglima iaitu YBrs Dr Shahrudi bin Sani serta ahli majlis guru Kuntau Panglima iaitu Ayahanda Paduka Pakteh Kaisar dan Ayahanda Paduka Toha telah meluangkan masa bersama di dalam majlis berkenaan. Turut hadir bersama ialah Ustaz Afit dan Cikgu Fajrul yang menemani Guru Pimpinan Utama. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengenali perguruan-perguruan silat yang berdaftar dengan Pesaka KL dan menyampaikan misi serta visi PesakaKL khususnya dan Pesaka Malaysia umumnya. Dalam perjumpaan ini juga pihak Pesaka memberitahu satu kursus kejurulatihan bagi program 1sekolah 1silat akan diadakan pada bulan Mac ini selama 3 hari bertempat di pejabat PesakaKL. Bayaran sebanyak RM150.00 seorang ditetapkan dan satu persatuan hanya boleh menghantar 3 orang wakil sahaja dlm satu masa. Ia juga sebagai landasan bagi menjayakan hasrat kepimpinan negara & Pesaka untuk memertabatkan silat disekolah-sekolah seluruh Malaysia. Bagi Guru Pimpinan Utama Kuntau Panglima, usaha ini harus disambut dgn baik dan mendoakan yang segala usaha ini dibantu Allah sehingga berjaya. 






PERSEMBAHAN SILAT DI SMK SEGAMBUT KUALA LUMPUR


Satu persembahan silat telah dilaksanakan bertempat di SMK Segambut KL pada 7 Feb 2018, Rabu jam 12.30 tghr. Seramai 4 orang anak Kuntau Panglima dari SMK Bukit Bandaraya KL telah diundang menjayakan persembahan tersebut. YBrs Dr Shahrudi bin Sani selaku Guru Pimpinan Utama Kuntau Panglima telah turun padang memberi taklimat dan berkongsi pengalamannya bersama-sama warga SMK Segambut KL. Turut serta bersama kali ini ialah Cikgu Khairul Amali dan Cikgu Fajrul yang membantu menyiapkan pasukan demo. Semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah selalu.











 


PERSEMBAHAN SILAT DI SK TAMAN PUTRI (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN) HULU LANGAT, SELANGOR 

Pada 5 Februari 2018, Isnin jam 8.00 Pagi satu persembahan silat telah diadakan di SK Tmn Puteri (Sekolah Kluster Kecermelangan) Hulu Langat. Seramai lebih kurang 20 orang anak-anak Kuntau Panglima daripada sekolah berkenaan dan 4 orang anak-anak Kuntau Panglima dari SMK Bukit Bandaraya Kuala Lumpur telah dikumpulkan untuk menjayakan persembahan ini. Persembahan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi silat kepada para pelajar khususnya yang baru bagi menyertai silat yang diadakan pada setiap sabtu jam 9.00 pagi. 








PERSEMBAHAN SILAT DI MAJLIS PERSATUAN PENDUDUK TAMAN AMAN PUTRA JINJANG UTARA KUALA LUMPUR 


Pada 4 Februari 2018, Ahad jam 8.00 pagi seramai 10 orang anak-anak Kuntau Panglima telah dijemput untuk membuat persembahan silat selama 10 minit. Dibawah bimbingan Cikgu Amali dan Cikgu Fajrul telah merancang beberapa pergerakan jurus asas untuk dipertontonkan dan menarik minat anak-anak tempatan menyertai aktiviti silatnya setiap sabtu jam 9.00 malam bertempat di Dewan Persatuan Penduduk Tmn Aman Putra Jinjang Utara KL.