Kuntau Panglima sebuah silat melayu yang sinonim dengan permainan tempur atau buah pukol. Teknik yang mudah dikuasai dan extrime menjadikan silat ini suatu yang unik untuk dipelajari. Kami bersedia dan berpengalaman memberi seminar, bengkel & kursus beladiri silat kepada sesiapa yang berminat. Untuk keterangan Lanjut Sila Hubungi : 011-11246893
PROGRAM CUTI SEKOLAH 2017
Kem Silat 2017 ..... kembali lagi. Pada bulan Dis 2017 satu Kem Silat telah dijalankan dibawah bimbingan Cikgu Shahar yang bertempat di Tadika Zahra Al Banna, Bandar Baru Bangi. Kem kali ini telah memberikan latihan Buah Pukol Panglima kepada anak-anak yang menyertainya serta menanam keyakinan dalam diri agar mampu bersaing di dunia luar.
GAYONG FIGHTING CHAMPIONSHIP 5.0, SUMMIT USJ
1 OKTOBER 2017
TAHNIAH.... kepada 2 anak Kuntau Panglima dibawah bimbingan Cikgu Muaz, Cikgu Amir dan Abg Wan di atas kejayaan dalam game ini. Kali ini kita tetap menghantar wakil walaupun cuma 2 orang sahaja. Semangat utk berjuang dan menimba ilmu takkan hilang malah terus bersemi dalam diri.
Nantikan kembalinya game Kuntau Panglima Fighting Championship pada bulan November nanti.......
![]() |
KAEDAH LATIHAN PERSILATAN KUNTAU PANGLIMA
1. Membuka Gelanggang dengan Ummul Kitab Al fatihah & Surah Al Ikhlas
2. Memanaskan Badan
3. Membuat gerak jurus tunggal dan kembar
4. Memahirkan langkah kembar dan tunggal beserta rumah atau pukulan
5. Tempur Panglima : tangan kosong (Sparring)
6. Petua dan Nasihat
7. Tutup Gelanggang : Tamat
Daripada :
Guru Pimpinan Utama
Kuntau Panglima Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)