GAME : GAYONG FIGHT CHAMPIONSHIP, PUTRAJAYA
19 NOVEMBER 2016

Seramai 8 orang anak Kuntau Panglima telah dihantar berjuang dan hasilnya 6 Emas dan 2 Perak. Tahniah diucapkan pada Guru Syed Muaz dan anak-anak Kuntau Panglima yang berjaya. 

Bukan emas menjadi ukurannya tetapi semangat tidak gentar masuk gelanggang menjadi keutamaan hasil yang diinginkan oleh kita semua. Kejayaan itu sebagai bonus bagi usaha kalian yang tidak mengenal penat dan lelah. 

Pesan Tok Ayah Mahaguru, Usah sombong dan riak, teruskan usaha meneroka pengalaman ilmu Buah Pukol ini. Semoga semuanya mendapat manfaat dan rahmat Allah s.w.t hendaknya. 

Ucapan tahniah juga buat Persatuan Seni Silat Gayung Sendi Harimau Malaysia kerana sudi menjemput Kuntau Panglima menyertainya buat kali kedua. Semoga hubungan terjalin akan terus kuat dan kukuh.







LATIHAN TERAKHIR BERSAMA ANAK-ANAK 
KUNTAU PANGLIMA  
ANJURAN AMPAC
OGOS-NOVEMBER 2016












 
KELAS KUNTAU PANGLIMA ASAS
ANAK-ANAK AMPAC, BANGI
OGOS - NOV 2016

 













 
 
KEUNIKAN KUNTAU PANGLIMA....
 
Persilatan Kuntau Panglima Malaysia merupakan sejenis beladiri silat melayu yang disifatkan sebagai kategori Buah Pukol. Ia mula diperkembangkan oleh Cikgu Shah melalui pengamatan, Penghayatan, Penglibatan dan pembelajaran selama 24 tahun bersama Mahaguru hebat yang dikenali Profesor Datuk Dr Haji Baharom bin Haji Kamari.
 
Kuntau ditafsirkan sebagai usaha tanpa henti dalam melakukan serangan. Secara ilmiahnya ia beerti kecekalan usaha seseorang yang tidak mengenal erti putus asa dalam segala aspek kehidupan. Lantaran itu, setiap anak Kuntau Panglima diterapkan bagi menghadam setiap ideology turun temurun guru-guru tua agar lebih memahami dan mengerti akan silat itu dalam diri.
 
Teknik permainan tempur tangan kosong yang menggunakan sarung tangan (Glove) sebagai alat keselamatan sekaligus memberikan pendedahan ilmu secara terbuka dan kebijaksaan akal dalam menyerang menjadikan silat ini sebuah ilmu tempur melayu yang unik. Ditambah dengan segala petua dan hokum yang diperturunkan dari generasi ke generasi menjadikan setiap langkah yang atur tidak menyerupai permainan yang seadanya apatah lagi meniru gaya mahupun cara.
 
Bagi yang pertama kali mengenalinya pasti akan ada yang terkasima, terketawa mahupun terfikir sejenak akan kebaikan permainan silat ini. Sikap pasang rumah yang kukuh menjadi asas kepada setiap permainan yang nak dilestarikan oleh pesilat.
 
Namun begitu, tidaklah ia dikatakan ganas jika ia dinamakan silat. Bangsa Melayu yang hebat telah menurunkan pelbagai ilmu antaranya ilmu persilatan yang bersifat disiplin, gagah, bijaksana, tangkas dan pelbagai lagi yang diterjemah dalam bentuk langkah dan gaya. Ganas atau menganas adalah lontaran pemain itu sendiri dalam membuat langkah dan gaya ia juga tidak diketepikan aspek kejiwaan yang mengambil kesan daripada kejernihan ilmu yang diperhalusi setiap masa.
 
Hanya orang silat memahami apa itu silat. Mempelajari sesuatu ilmu persilatan itu bukan merugikan malah ia menguntungkan jiwa dan hati. Yang penting pilih jalan bukan mengikuti jalan yang tidak pasti... berguru lebih baik dari menghadam sesuatu ilmu bersendirian kerana ditakuti menjadi telunjuk syaitan.
 
(Ampun dan maaf dari Persilatan Kuntau Panglima Malaysia)
 
 
 
 

MALAM PAHLAWAN

Pada 3 September 2016 jam 9.00 malam. Persilatan Kuntau Panglima Malaysia telah berganding bahu bersama perguruan silat yang lain membuat pertunjukan di Malam Pahlawan bertempat di SMK Raja Abdullah, Kepong Kuala Lumpur. Disaksikan hanpir 300 pengunjung yg hadir dengan persembahan yg memukau mata penonton.

Terima kasih pada semua yg terlibat memberi sokongan kewangan, tenaga kerja dan idea menjayakan program ini..
 










LATIHAN BERSAMA CIKGU AMIER DAN CIKGU SHAHAR
DI PUSAT LATIHAN PUTRAJAYA





 
 
 
MESYUARAT PENYUSUNAN SILIBUS BARU
PERSILATAN KUNTAU PANGLIMA MALAYSIA
26 FEBRUARI 2016
 
 
 
 
 
 




 
 
BERSAMA PROF. DR. AZLAN GHANIE
PENGERUSI MAGMA
 
 
 
LATIHAN MINGGUAN ANAK-ANAK AMAN PUTRA
 
 

 



 
KURSUS TEMPUR PANGLIMA : PISAU 4.0
29 MEI 2016
PUSAT AKADEMI JINJANG UTARA
 
 




 
 
 
 
 

 
 
PROGRAM MEMBERI MAKANAN KEPADA WARGA GELANDANGAN
DI KUALA LUMPUR
 
30 APRIL 2016
 
KERJASAMA ERAT PERSILATAN KUNTAU PANGLIMA DAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN AMAN PUTRA KUALA LUMPUR
 








 
 
KURSUS TEMPUR PANGLIMA :
TANGAN KOSONG 3.0
16 APRIL 2016
KUALA LUMPUR
 
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA....AKAN DATANG DIBUKA KEPADA BUKAN AHLI PULA. REBUTLAH PELUANG MEMPELAJARI ILMU YANG MUDAH, LOGIK DAN BERSESUAIAN UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR.