MAJLIS PENTAULIAHAN PERGURUAN
PERSILATAN KUNTAU PANGLIMA MALAYSIA 2018

Pada 4 Mac 2018 (Ahad) bertempat di Masjid Wilayah Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pentauliahan Guru-guru Kuntau Panglima 2018. Seramai 20 orang Guru telah ditauliahkan sebagai Gurulatih Kuntau Panglima dipelbagai peringkat iaitu Guru Muda, Guru Cemerlang dan Guru Kanan bagi Perguruan Persilatan Kuntau Panglima Malaysia. Semoga usaha yang murni ini akan menjadikan Kuntau Panglima terus maju dan berjaya dimasa akan datang. 


#silatku_dakwahku
#berilmu_beradab

 ketibaan Guru Pimpinan Utama & Ahli Majlis Guru Kuntau Panglima Malaysia
 Barisan mantap Majlis Guru Kuntau Panglima Malaysia 
 Amanat daripaada Guru Pimpinan Utama 







KURSUS KEJURULATIHAN 1 SEKOLAH 1 SILAT ANJURAN PESAKA KL

Pada 22-25 Mac 2018 yang lalu, PESAKAKL telah mengadakan kursus 1 sekolah 1 silat yang telah disertai oleh 2 orang Guru Kuntau Panglima Malaysia iaitu Guru Amir dan Guru Fajrul. Kursus ini telah diadakan di pejabat PESAKAKL dan dihadiri pelbagai perguruan silat yang hebat-hebat belaka. Tujuan utama kursus ini untuk memantapkan sistem latihan silat ke sekolah-sekolah sejajar dengan hasrat kepimpinan negara menjadikan silat sebagai seni beladiri negara. Semoga usaha ini berjalan dengan baik dan diberkati Allah swt. 














MAJLIS HIMPUNAN RAKSAKSA GURU-GURU SILAT NEGARA 2018

Pada 1 April 2018 (Ahad) jam 2.00 petang bertempat di Padang SMK Sg Pusu, Gombak Selangor. Persatuan Persilatan Kuntau Panglima Malaysia telah dijemput untuk bersama-sama menghadiri majlis himpunan ini yang bertujuan untuk mengeratkan siratulrahim antara perguruan silat dan sebagai lambang penyatuan semua silat dibawah satu organisasi iaitu PESAKA. Program yang singkat tetapi penuh bermakna ini didatangi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan memberikan satu harapan yang murni kepada seluruh warga silat di Malaysia. Kuntau Panglima tidak ketinggalan untuk bersama dalam aktiviti sebegini walaupun hujan lebat turun tetapi semua anak-anak kuntau panglima tidak pernah berganjak walaupun seinci. Usia bukan pengukur utk menjadi seorg panglima malah usia kecil adalah yg terbaik membentuk jati diri yang kukuh dimasa akan dtg. Tahniah kepada semua anak-anak Kuntau Panglima...












PROGRAM PRESIDEN PESAKA MALAYSIA TURUN GELANGGANG


Pada 4 Feb 2018, Ahad jam 8.30 malam, Guru Pimpinan Utama Kuntau Panglima iaitu YBrs Dr Shahrudi bin Sani serta ahli majlis guru Kuntau Panglima iaitu Ayahanda Paduka Pakteh Kaisar dan Ayahanda Paduka Toha telah meluangkan masa bersama di dalam majlis berkenaan. Turut hadir bersama ialah Ustaz Afit dan Cikgu Fajrul yang menemani Guru Pimpinan Utama. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengenali perguruan-perguruan silat yang berdaftar dengan Pesaka KL dan menyampaikan misi serta visi PesakaKL khususnya dan Pesaka Malaysia umumnya. Dalam perjumpaan ini juga pihak Pesaka memberitahu satu kursus kejurulatihan bagi program 1sekolah 1silat akan diadakan pada bulan Mac ini selama 3 hari bertempat di pejabat PesakaKL. Bayaran sebanyak RM150.00 seorang ditetapkan dan satu persatuan hanya boleh menghantar 3 orang wakil sahaja dlm satu masa. Ia juga sebagai landasan bagi menjayakan hasrat kepimpinan negara & Pesaka untuk memertabatkan silat disekolah-sekolah seluruh Malaysia. Bagi Guru Pimpinan Utama Kuntau Panglima, usaha ini harus disambut dgn baik dan mendoakan yang segala usaha ini dibantu Allah sehingga berjaya. 






PERSEMBAHAN SILAT DI SMK SEGAMBUT KUALA LUMPUR


Satu persembahan silat telah dilaksanakan bertempat di SMK Segambut KL pada 7 Feb 2018, Rabu jam 12.30 tghr. Seramai 4 orang anak Kuntau Panglima dari SMK Bukit Bandaraya KL telah diundang menjayakan persembahan tersebut. YBrs Dr Shahrudi bin Sani selaku Guru Pimpinan Utama Kuntau Panglima telah turun padang memberi taklimat dan berkongsi pengalamannya bersama-sama warga SMK Segambut KL. Turut serta bersama kali ini ialah Cikgu Khairul Amali dan Cikgu Fajrul yang membantu menyiapkan pasukan demo. Semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah selalu.











 


PERSEMBAHAN SILAT DI SK TAMAN PUTRI (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN) HULU LANGAT, SELANGOR 

Pada 5 Februari 2018, Isnin jam 8.00 Pagi satu persembahan silat telah diadakan di SK Tmn Puteri (Sekolah Kluster Kecermelangan) Hulu Langat. Seramai lebih kurang 20 orang anak-anak Kuntau Panglima daripada sekolah berkenaan dan 4 orang anak-anak Kuntau Panglima dari SMK Bukit Bandaraya Kuala Lumpur telah dikumpulkan untuk menjayakan persembahan ini. Persembahan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi silat kepada para pelajar khususnya yang baru bagi menyertai silat yang diadakan pada setiap sabtu jam 9.00 pagi. 








PERSEMBAHAN SILAT DI MAJLIS PERSATUAN PENDUDUK TAMAN AMAN PUTRA JINJANG UTARA KUALA LUMPUR 


Pada 4 Februari 2018, Ahad jam 8.00 pagi seramai 10 orang anak-anak Kuntau Panglima telah dijemput untuk membuat persembahan silat selama 10 minit. Dibawah bimbingan Cikgu Amali dan Cikgu Fajrul telah merancang beberapa pergerakan jurus asas untuk dipertontonkan dan menarik minat anak-anak tempatan menyertai aktiviti silatnya setiap sabtu jam 9.00 malam bertempat di Dewan Persatuan Penduduk Tmn Aman Putra Jinjang Utara KL.