Seawal tahun 1993 di sebuah sekolah yang terletak dihujung ibukota Kuala Lumpur bermulanya aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Aku bukanlah dari latarbelakang keluarga yang kaya, keluargaku hanya biasa-biasa sahaja dengan ayahku bekerja di sektor perkilangan di Petaling Jaya. Aku meminati silat sejak dari aku kecil lagi, tetapi tidak pernah sekali aku menyertai mana-mana silat walaupun rumah seorang guru silat pernah ku kenali berada berhampiran rumah ku. Di sekolah menengah kami ditawarkan pelbagai aktiviti kokurikulum antaranya kadet bersatu, pengakap, PBSM dan sebagainya. Pada tahun tersebut jugalah aku mula mengenali Tuan Haji Baharom atau Cikgu Baharom . Cikgu Haji Baharom orangnya tegas, garang, smart dan sangat-sangat berdisiplin. Beliau merupakan pengetua pertama aku apabila aku bersekolah di sekolah menengah. Masih aku ingat lagi, sewaktu aku di tingkatan 1, silat merupakan aktiviti silat wajib bagi para pelajar termasuklah semua pelajar baru. Aku juga tidak terkecuali menyertainya dengan hati yg terbuka. Seawal aku mempelajari silat, aku bukanlah faham dan exited sangat sebab aku bukan mengerti apa itu silat pun. Tetapi lama kelamaan aku menjadi tertarik aktiviti silat ini selain ianya dapat menguatkan tubuh badan. Apa yang lebih menarik silat ini ialah Mahagurunya adalah pengetua sekolah aku sendiri iaitu Tuan Haji Baharom atau Cikgu Baharom.
Bermula gerak asas yang mudah hinggalah ke gerak yang lebih mendalam telah diberikan oleh guru-guru. Setahu aku pada ketika itu, Cikgu Baharom tidak mendaftarkan silat ini sebagai sebuah pertubuhan dan ianya sekadar untuk menguatkan semangat dan disiplin para pelajar disekolah tempat beliau mengajar. Ada beberapa orang cikgu sekolah tersebut dan kakitangannya telah sempat menerima latihan daripada Cikgu Baharom dan menjadi instruktur aku dan kawan-kawan yang lain. Pada pengenalan awalnya kami diperkenalkan dengan sebuah silat yg dipanggil silat kuntau sahaja. Pada ketika itu tiada siapa pun berani bertanya kenapa silat ini dipanggil silat kuntau. Dalam pengajaran silat kuntau ini mengetengahkan latihan laga atau sparring. Kaedahnya berlawan menggunakan boxing glove semata-mata. Mulanya takut juga aku sbb kita tak pernah berlawan dgn cara begini. Kata Cikgu Baharom kuntau sejenis silat buah pukol yg tiada gerakan bunga sembah macam silat yg lain. Ia terus kepada kaedah pasang dan terus berlawan ibaratnya cara lawan "full contact".
Pada tahun 1994, aku telah terpilih untuk menyertai pertandingan silat sekolah-sekolah anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL. Aku diletakkan dibawah kategori masal atau seni jurus berkumpulan. Penat juga belatih siang dan malam untuk mencapai tahap menguasai setiap gerak dan langkah yg dirakamkan oleh guru-guru jurulatih yg lain. Kalah dan menang tu adatlah dalam pertandingan tapi asalkan jangan salah gerak sudahlah, kalau tak malupun mendapat jawabnya nanti. Alhamdulillah pertandingan kali ini telah ku buat sehabis baik bersama rakan seperjuangan yg lain. Inilah menjadi satu titik permulaan dimana aku mula minat belajar silat kuntau ini.
Bersambung.....


