GAME : GAYONG FIGHT CHAMPIONSHIP, PUTRAJAYA
19 NOVEMBER 2016

Seramai 8 orang anak Kuntau Panglima telah dihantar berjuang dan hasilnya 6 Emas dan 2 Perak. Tahniah diucapkan pada Guru Syed Muaz dan anak-anak Kuntau Panglima yang berjaya. 

Bukan emas menjadi ukurannya tetapi semangat tidak gentar masuk gelanggang menjadi keutamaan hasil yang diinginkan oleh kita semua. Kejayaan itu sebagai bonus bagi usaha kalian yang tidak mengenal penat dan lelah. 

Pesan Tok Ayah Mahaguru, Usah sombong dan riak, teruskan usaha meneroka pengalaman ilmu Buah Pukol ini. Semoga semuanya mendapat manfaat dan rahmat Allah s.w.t hendaknya. 

Ucapan tahniah juga buat Persatuan Seni Silat Gayung Sendi Harimau Malaysia kerana sudi menjemput Kuntau Panglima menyertainya buat kali kedua. Semoga hubungan terjalin akan terus kuat dan kukuh.







LATIHAN TERAKHIR BERSAMA ANAK-ANAK 
KUNTAU PANGLIMA  
ANJURAN AMPAC
OGOS-NOVEMBER 2016