PENGENALAN AKU DAN KUNTAU ...

          Seawal tahun 1993 di sebuah sekolah yang terletak dihujung ibukota Kuala Lumpur bermulanya aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Aku bukanlah dari latarbelakang keluarga yang kaya, keluargaku hanya biasa-biasa sahaja dengan ayahku bekerja di sektor perkilangan di Petaling Jaya. Aku meminati silat sejak dari aku kecil lagi, tetapi tidak pernah sekali aku menyertai mana-mana silat walaupun rumah seorang guru silat pernah ku kenali berada berhampiran rumah ku. Di sekolah menengah kami ditawarkan pelbagai aktiviti kokurikulum antaranya kadet bersatu, pengakap, PBSM dan sebagainya. Pada tahun tersebut jugalah aku mula mengenali Tuan Haji Baharom atau Cikgu Baharom . Cikgu Haji Baharom orangnya tegas, garang, smart dan sangat-sangat berdisiplin. Beliau merupakan pengetua pertama aku apabila aku bersekolah di sekolah menengah. Masih aku ingat lagi, sewaktu aku di tingkatan 1, silat merupakan aktiviti silat wajib bagi para pelajar termasuklah semua pelajar baru. Aku juga tidak terkecuali menyertainya dengan hati yg terbuka. Seawal aku mempelajari silat, aku bukanlah faham dan exited sangat sebab aku bukan mengerti apa itu silat pun. Tetapi lama kelamaan aku menjadi tertarik aktiviti silat ini selain ianya dapat menguatkan tubuh badan. Apa yang lebih menarik silat ini ialah Mahagurunya adalah pengetua sekolah aku sendiri iaitu Tuan Haji Baharom atau Cikgu Baharom. 

        Bermula gerak asas yang mudah hinggalah ke gerak yang lebih mendalam telah diberikan oleh guru-guru. Setahu aku pada ketika itu, Cikgu Baharom tidak mendaftarkan silat ini sebagai sebuah pertubuhan dan ianya sekadar untuk menguatkan semangat dan disiplin para pelajar disekolah tempat beliau mengajar.  Ada beberapa orang cikgu sekolah tersebut dan kakitangannya telah sempat menerima latihan daripada Cikgu Baharom dan menjadi instruktur aku dan kawan-kawan yang lain. Pada pengenalan awalnya kami diperkenalkan dengan sebuah silat yg dipanggil silat kuntau sahaja. Pada ketika itu tiada siapa pun berani bertanya kenapa silat ini dipanggil silat kuntau. Dalam pengajaran silat kuntau ini mengetengahkan latihan laga atau sparring. Kaedahnya berlawan menggunakan boxing glove semata-mata. Mulanya takut juga aku sbb kita tak pernah berlawan dgn cara begini. Kata Cikgu Baharom kuntau sejenis silat buah pukol yg tiada gerakan bunga sembah macam silat yg lain. Ia terus kepada kaedah pasang dan terus berlawan ibaratnya cara lawan "full contact". 

        Pada tahun 1994, aku telah terpilih untuk menyertai pertandingan silat sekolah-sekolah anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL. Aku diletakkan dibawah kategori masal atau seni jurus berkumpulan. Penat juga belatih siang dan malam untuk mencapai tahap menguasai setiap gerak dan langkah yg dirakamkan oleh guru-guru jurulatih yg lain. Kalah dan menang tu adatlah dalam pertandingan tapi asalkan jangan salah gerak sudahlah, kalau tak malupun mendapat jawabnya nanti. Alhamdulillah pertandingan kali ini telah ku buat sehabis baik bersama rakan seperjuangan yg lain. Inilah menjadi satu titik permulaan dimana aku mula minat belajar silat kuntau ini. 

Bersambung.....

UJIAN KEMAHIRAN KUNTAU PANGLIMA SIRI 2 TAHUN 2024

 
4hb Januari 2025 - Sabtu, Persilatan Kuntau Panglima Malaysia telah mengadakan Ujian Tahap Kemahiran Kuntau Panglima kepada seramai lebih kurang 30 orang pelajarnya yang bertempat di SK Kiaramas, Kuala Lumpur. Ujian Kali ini dikendalikn oleh Cikgu Mohd Izat Firdaus dan Cikgu Syed Muaz yang merupakan guru yang pakar dalam menilai dan memnjalankan ujian buat anak-anak KP di semua tahap atau peringkat. Ujian UK-KP ini merupakan satu landasan bagi mengukur tahap penguasaan semua anak-anak Kuntau Panglima yang tulah berusaha gigih dalam setiap latihan yang dijalankan. UK-KP dijalankan dalam 3 set ujian iaitu Set A = Ujian Fizikal, Set B = Ujian Jurus Asas/ Kuntau dan Set C = Sparring. 

Dalam setiap ujian yang dijalankan faktor masa adalah menjadi keutamaan dalam menyiapkan diri bergelar pendekar muda. Kepantasan, kecekapan dan Kemahiran merupakan aspek yang bernilai untuk dilihat atau dipersembahkan agar kualiti dalam bersilat itu terus terpelihara. Kejayaan anak-anak Kuntau Panglima ini membolehkan mereka menerima dan memakai Tali pinggang yang berwarna mengikut tahap yang tersedia di dalam silibus Kuntau Panglima. 






AMA Championship Nov2022

 

Pada 6 November 2022 telah berlangsungnya satu pertandingan MIX Martial Art di Alpha Angle Wangsa Maju Kuala Lumpur. Kali ini Zulfadli, anak Kuntau Panglima telah diberi peluang untuk menyertainya yang menempatkan 18 pertandingan pelbagai kategori berat. Walaupun ia suatu yg sukar tetapi dengan berbekalkan doa dan usaha yang buat dalam menyiapkan diri telah membuatkan Zul terus menguatkan pendirian untuk menjejak kaki ke arena gelanggang AMA FC ini. Bagi semua keluarga Kuntau Panglima mengucapkan syabas walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yg menyebabkan kemenangan dipihak lawan. 

Bagi pihak Kuntau Panglima berharap penganjur bagi sukan seni beladiri sebegini harus peka dengan keadaan gelanggang sebab ia melibatkan nyawa dan keringat seseorang yang inginkan kejayaan dalam penyertaan. Keselamatan pemain merupakan faktor utama yg perlu dititik beratkan dengan memastikan peralatan yang cukup baik untuk digunakan. Bagi game kali ini Kuntau Panglima agak terkilan bahawa pihak penganjur membekalkan shin pad yang basah kepada peserta hingga menjadikan langkah menjadi licin dan ramai yang tergolek di tengah gelanggang saat membuat serang dan ini amat merbahaya. Mungkin pihak penganjur akan menambahbaik mana-mana kelemahan yang ada untuk menjaminkan kualiti permainan yang lebih baik dimasa akan datang. 

Semoga dengan penglibatan ini membuka mata banyak pihak tentang silat umumnya dan kuntau panglima khususnya - InsyaAllah 








SESI LATIHAN ANAK-ANAK KUNTAU PANGLIMA MALAYSIA PADA 23-10-2022

 




PENYERTAAN ANAK-ANAK KUNTAU PANGLIMA DALAM GAME FCSC DI SUMMIT USJ PADA 15-10-2022

 

Tahniah kepada 4 orang anak Kuntau Panglima yang telah menyahut cabaran menyertai Full Contact Silat Championship di Summit USJ pada 15 Oktober 2022. Walaupun hanya 3 sahaja yang diterima untuk bertanding tetapi keputusannya amat-amat memuaskan hati semua termasuk barisan pengurus pasukan dan pertubuhan. Pencapaian 3 pingat emas kali ini telah memberikan gambaran yang mana ilmu yang diwarisi bukanlah satu bohongan atau sandiwara semata-mata. Alfatihan buat almarhum Tok Ayah Hj Baharom Kamari yang telah memberikan peluang ilmu ini dikembangkan. Terima kasih juga kepada Ayahanda Paduka Cikgu Shah yang telah bertungkus lumus meneruskan perjuangan ilmu silat ini dari muda hinggalah sekarang. Tahniah dan terima kasih juga kepada barisan gurulatih yang berkorban masa dan wang ringgit untuk kejayaan ini. Semoga ilmu yang berkat melahirkan pendekar yang berilmu, beradab. 

#lovekuntaupanglimamalaysia

#silatkudakwahku

#berilmu beradab






 





KURSUS ASAS TEMPUR 2022

 


Alhamdulillah setelah sekian lama kita berlindung dari penyakit yang berjangkit, yang menghalang rutin harian kita dan menukar corak kehidupan menjadi satu norma baharu kini kita telah bebas untuk melakukan kembali apa yang telah kita usahakan sejak dahulu. Persilatan Kuntau Panglima Malaysia kini kembali menganjurkan kursus asas tempur panglima yang dirancang akan dijalankan pada bukan Disember 2022 nanti. Dengan pengisian ilmu yang lebih memfokus kepada tempur laga cara kuntau yang diwarisi dari generasi ke generasi. Sesiapa yang berminat dan mencari ilmu silat yang bercirikan tempur laga ini bolehlah mendaftar untuk kami sediakan tempat apabila tiba harinya nanti. Semoga ilmu yang baik ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang dan menjadi sumber jatidiri sejati ummah Melayu.